Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Ketam Lemak Aroma

Assalam semua. 
Hari nie nak share resepi yg simple jer tapi sedap.
Siaran ulangan je pun.
Nak resepi gi SINI


Wednesday, April 20, 2011

Kerabu Sotong Thai

Salam kawan-kawan semua.Terima kasih sbb masih sudi menjenguk blog nie walaupun dah agak jarang nak update.Hari nie nak share resepi Kerabu Sotong Thai.Memang sedap dan simple jer nak buat.Resepi ambik dari myresepi. TQ to tuan punya resepi.Jom kita tengok resepinya pulak....

Bahan-bahan ( 2-4 people )
· satu mangkok Sotong
· 2 biji limau nipis
· Daun ketumbar
· 1-2 bawang besar
· 3 sudu besar fish sauce
· 1 sudu besar gula
· 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
· 5-10 Cili padi (ikut rasa)
· NB: bole juga taruk tauge & tomato, n seafood cocktail..


Cara-cara
1. Bersihkan sotong.
2. potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak
3. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar.
4. campur semua bahan..dan rasa.. and ENJOY!!
5. NB: after step 2: jangan lupa sejat sotong..buang air...

Saturday, October 23, 2010

Ketam Goreng Bertelur

Salam semua.Selamat berhujung minggu.Mesti bestkan cuti2 nie bersantai dgn keluarga.Tapi jgn lupa masak tetap masak.Lagi2 kalo yg isteri2 bekerja.Time2 cuti nie la nak tunjuk skill masak dekat hubby.So,hari minggu nie menu aku nak share simple & sedap,menu Ketam Goreng Bertelur.Resepi ambik dari dapur Kak Hana Japan.Jom layan resepi!!!


Bahan-bahan
·                     3 ekor ketam - belah dua dan cuci bersih
·                     Serbuk kunyit
·                     Garam
Bahan Sos
·                     *1/4 bawang besar
·                     *2 ulas bawang putih
·                     *1 inci halia - bahan * tumbuk@kisar
·                     1 sb cili kisar - jika ingin pedas
·                     1 sb sos tomato
·                     2 sb sos cili
·                     1 sk sos tiram
·                     1 biji telur
·                     Garam dan gula
·                     Hirisan daun ketumbar

Cara-cara
·                     Gaul ketam dengan serbuk kunyit dan garam.
·                     Goreng sehingga ketam bertukar kemerahan atau masak. Angkat dan toskan.
·                     Toskan minyak. Tinggalkan sedikit utk menumis. Tumis bwg besar, putih dan halia hingga naik bau.
·                     Masukkan cili kisar. Kacau sebentar. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram serta air sedikit. Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
·                     Masukkan ketam goreng tadi dan gaul mesra. Kecilkan api, kocok2kan telur dan dalam mangkuk kecil dan tuang ke atas ketam. Gaul sebati.
·                     Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar.








Tuesday, October 19, 2010

Sup Ketam


Salam semua.Menu nak share hari nie Sup Ketam.
Resepi ambik dari dapur Kak Hana Japan.Mmg sedap.Jom layan resepi....



Bahan-bahan
·                     Ketam
·                     Bawang putih - ketuk
·                     Halia - ketuk
·                     Bawang merah - mayang
·                     Batang saderi - potong2
·                     Serbuk pati ayam - sudu kecil (optional)
·                     Daun bawang@daun sup
·                     Bawang goreng
·                     Garam
·                     Air secukupnyer

Cara-cara
·                     Siang ketam dan cuci bersih. ketepikan.
·                     Tumis bwg putih,bwg merah,halia hingga naik bau.
·                     Masukkan air,garam, btg saderi, pati ayam (jika mahu rasa manis ketam shj takyah buh pati ayam pon tkpe!) dan juga ketam. Rebus hingga ketam masak.
·                     Matikan api. Taburkan daun bawang@daun sup byk2 dan juga bawang goreng.
·                     Siap untuk dhidang.
·                     *note: bleh juga kocak2kan telur dlm sup jika suka!





Thursday, October 14, 2010

Crab in Spicy Soy Sauce


Salam semua.Hari nie nak share resepi untuk menu Crab in Spicy Soy Sauce.
Masak untuk lunch tadi.Sedap bangat!!!!Ambik menu dari dapur Kak Hana Japan. TQ.






BAHAN-BAHAN:
6 ekor ketam
5 biji Bwg Merah*
2 ulas Bwg Putih*
1/2" Halia* (* tumbuk) 
1 btg Serai - ketuk
2 sb Cili Mesin
Kicap Masin + Manis - kicap masin tadak, buh kicap manis jerk!
1 tsp Tpg Jagung- bancuh dgn sedikit air - tk ltk
1 biji Telur - pukul sedikit 
Garam (jika perlu) 


CARA-CARA:
Berus kulit ketam supaya bersih. Potong dua.
Tumis bhn tumbuk & serai sehinga wangi, masukkan cili mesin.
Kacau sehingga cili masak & wangi.
Masukkan kicap secukup nya & sedikit air (sukatan ikutlah nak byk atau sikit kuah nya).
Masukkan ketam & tutup sehingga ketam masak.
Masukkan tpg jagung utk memekatkan kuah.
Masukkan telur & cepat2 kacau.
Masukkan garam jika perlu (kicap masin patut nya sudah mencukupi)


Monday, October 11, 2010

Ketam Lemak Aroma

Hari nie aku nak share resepi yg simple jer tapi sedap,Ketam Lemak Aroma.Resepi ambik dari sajionline.TQ so much.Just aku ubah sikit resepi sbb kunyit hidup tak der.Aku letak serbuk kunyit jer dan tambah sedikit lengkuas....Layan!!!


BAHAN-BAHAN:

3 ekor ketam
      3 batang serai (ketuk)
1 kuntum bunga kantan
2 helai daun kunyit
3 keping asam gelugur
2 cawan santan
Garam
1 cawan air

BAHAN KISAR:
2 cm kunyit hidup
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 ulas cili merah
4 tangkai cili padi
1 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan air kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan masak hingga mendidih.
Masukkan serai, bunga kantan, daun kunyit dan asam gelugur serta ketam.
Kemudian masukan santan dan perlahankan api.
Bubuh garam secukup rasa.

Tuesday, September 28, 2010

Sambal Tumis Crabstick

Salam semua.Menu hari nie nak share Sambal Tumis Crabstick.Tak pernah pun masak crabstick macam nie.1st time masak menu nie.Biasa aku guna crabstick untuk mkn Yong Tau Fu.Sedap gak menu nie.Simple je nak masaknya.Resepi ambik dari dapur Kak Ummi Home Sweet Home.TQ.Jom tgk resepi...


Bahan:-
  • 1 paket jejari ketam (dikerat 2 setiap satu)
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih * (bahan * dikisar)
  • 4 ulas bawang merah - dimayang nipis
  • 1/4 cawan air asam jawa (lebihkurang)
  • 2 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar gula pasir
  • sedikit air (lebihkurang 1/3 cawan)
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana hingga cili terbit minyak.
  3. Masukkan bawang2 kisar dan masak lagi hingga cili masak kemerahan.
  4. Masukkan air asam jawa, gula merah, gula pasir dan sedikit air.
  5. Masak hingga kuah agak pekat dan masukkan garam. Seimbangkan rasa pedas, manis sambal.
  6. Masukkan crabstick dan kacau perlahan (*takut nnt terlerai isinya). Balikkan sesekali dan masak lebihkurang 3 - 4 minit.
  7. Tutup api dan hidangkan.

Friday, August 20, 2010

Sambal Sotong Berkuah Kacang

Menu nie masak untuk berbuka hari Khamis lepas.Resepi tak ingat dah ambik dari mana.TQ to tuan punya resepi.Simple & sedap bangat.Jom layan resepi pulak.



Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 ekor sotong kembang (dipotong dan dicelur dgn air panas selama 10 minit)
  • 12 tangkai cili kering- direbus hingga kembang (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3-4 sudu kacang tumbuk
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil gula merah
  • air asam jawa- jus
  • garam - secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing
  2. Masukkan air asam jawa, sotong dan serai dan masak sehingga sotong masak. ( kalau kering tambah sedikit air .)
  3. Masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati
  4. Akhir sekali masukkan kacang tumbuk, kacau rata dan perasakan dgn garam dan ajinomoto (kalau suka) sesedap rasa. Siap untuk dihidang.

Udang Goreng Mentega

Menu nie masak untuk berbuka hari Rabu lepas.Resepi cilok dari trymasak.TQ to tuan punya resepi.Simple & sedap bangat.Jom layan resepi pulak.




Bahan-Bahan


1) Udang sederhana besar - dibuang kulit (300g)
2) Telur - dikacau hingga pecah (2 biji)
3) Bijirin Oat (5 sudu besar)
4) Daun Kari (1 tangkai)
5) Cili Padi - dihiris nipis (5 biji)
6) Bawang Merah - dicincang (3 ulas)
7) Bawang Putih - dicincang (2 ulas)
8) Stok Ayam (1/4 cawan)
9) Mentega (3 sudu besar)
10) Serbuk Lada Putih (secukup rasa)
11) Gula (secukup rasa)
12) Garam (secukup rasa)


Cara-Cara


Goreng udang dalam minyak panas selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak dan masukkan mentega.
Setelah mentega cair, masukkan telur dan kacau rata.
Masukkan bawang putih, bawang merah, stok ayam, cili padi, daun kari, garam, serbuk lada putih, dan gula.
Apabila naik bau dan daun kari sedikit layu, masukkan udang dan bijirin oat.
Gaul sebati dan hidang.