Wednesday, May 12, 2010

Daging Percik

Menu nie masak dalam minggu lepas.Simple je pun.Sbb time tu mood nak memasak agak kurang.Resepi tak ingat ambik dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Jom layan resepi...

Bahan-bahan
  • bawang besar
  • halia - diblender
  • lengkuas - diblender
  • bawang putih - diblender
  • serai - diblender
  • gula
  • stok ayam serbuk
  • cili mesin
  • cili sos
  • santan

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan daging hingga separuh masak
  3. Asingkan daging dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas daging nanti.
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera 

Monday, May 10, 2010

Mee Kari

Salam semua.Lama rasanya tak update blog.Agak busy skit akhir2 nie.Erm,hari nie aku nak share resepi Mee Kari.Menu nie aku masak last week.Sejuk2 nie mmg sedap makan makanan yg berkuah & panas.Resepi nie aku belajar dari kawan akak aku kat Msia.Jom layan resepi...!!!!



Bahan-bahan
mee kuning - celur sekejap
kerang/ayam/udang
bawang merah (ditumbuk)
bawang putih  (ditumbuk)
halia (ditumbuk)
cili kering (diblender)
ikan bilis (diblender)
pes kari daging
santan pekat
fish ball/fish cake
garam/gula


Bahan sampingan
sawi - celur
taugeh -celur
telur rebus - belah dua
tauhu goreng
bawang goreng, daun bawang, hirisan cili hijau dan merah.
limau kasturi / limau nipis

Cara-cara
1. Tumis bahan2 yg ditumbuk. Masukkan cili kering yg diblender.
2. Masukkan rempah kari daging dan juga ikan bilis.
3. Masukkan kerang/ayam/udang.
4. Masukkan santan dan didihkan.
5. Masukkan fishball/fishcake.
6. Masukkan garam/gula. Didihkan hingga masak.
7. Mee kari sedia dihidang.

Bihun Singapore

Menu nie aku masak utk breakfast last week.Mmg dah lama aku nk masak bihun singapore nie.Tapi tak pernah berkesempatan.So,kali nie aku try jugak buat & Alhamdulillah menjadi.Senang & simple jer resepinya.Aku follow resepi nie tapi tak letak cuka sbb aku tak suka mkn cuka.Resepi aku ambik dari myresepi..Jom layan resepi......


Bahan-bahan ( 10 orang makan )
1 bungkus bihun - direndam dulu
300g daging - dipotong kecil2
3-4 keping fish cake
sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
3 sudu makan cuka
6 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam / lada putih
2 biji tomato - potong nipis jika suka
garam dan gula secukupnya
cili api- potong nipis + kicap sebagai sos

Cara-Cara
1.  Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih.
2.  Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat.
3.  Masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau,  boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka.
4.  Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam.
5.  Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak.
6.  Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. 
7.  Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)

Tuesday, May 04, 2010

Nasi Minyak Hujan Panas

Cuaca kat Adelaide petang nie masih tak menentu.Sekejap hujan sekejap panas.Sempena cuaca hari nie,aku pun merajinkan diri memasak Nasi Minyak Hujan Panas.Resepi ambik dari dapur Hana Japan.TQ to tuan punya resepi.Sedap sgt.Jom layan resepi pulak!!!!


Bahan-bahan:-
  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis
Cara-cara:-
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Ayam Masak Padang

Selamat pagi semua.Kat Adelaide pagi nie hujan yg agak lebat.Sejuk bangat.Perot pun asik lapor jer sejuk2 nie.Erm...citer pasal lapor nie, semalam aku masak Ayam Masak Padang untuk lunch merangkap dinner.Malas nak masak 2 kali semalam.Sekali harung jer terus.Resepi nie aku ambik dari blog Hana Japan.Masakan dia mmg sedap2.Blog nie salah satu blog masak2 favourite aku.Jom layan resepi...Layan!!!


Bahan-Bahan:-
1 ekor ayam dibersihkan dan di potong lapan
1 1/2 biji kelapa
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai
4 inci lengkuas
cili kering mengikut pedas
1 sudu teh serbuk kunyit 
asam keping
2 helai daun kunyit di siat siat

Cara Cara:-
1. Semua bahan dikisar halus.
2. Kelapa diperah dan ambil santan cair sebanyak 3 cawan dan santan pekat 2 cawan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
4. Masukkan ayam digaul rata, setelah itu masukkan santan cair.
5. Masak dengan api yg sederhana, apabila ayam telah masak dan empuk masukkan
pula santan pekat.
6. Masukkan asam keping, garam dan daun kunyit.

Mee Bandung Dagang

Dah jemu makan nasi,jadi aku beralih ke menu lain lak.Lunch utk hari Ahad lepas aku masak Mee Bandung Dagang.Teringin nak makan mee bandung lak.Mana nak cari kat sini melainkan buat sendiri.Resepi aku tak ingat cilok dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Jom layan resepi ....Layanzzzzzzz!!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g udang kering segar
  • cili untuk menumis
  • gula pasir
  • bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
  • bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
  • mee kuning 1 peket
  • sotong basah
  • telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
  • sayur sawi 2 ikat
  • tauhu goreng 5 keping
  • garam
  • air untuk kuah
  • 5 biji tomato segar
  • minyak untuk menumis
  • daging (optional)
  • bawang goreng

Cara-cara

  1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
  2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
  3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
  4. Cuci mee kuning dan toskan
  5. Potong sayur sawi dan tomato
  6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
  7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
  8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
  9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
  10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
  11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
  12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
  13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
  14. Makan semasa panas.
  15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.