Tuesday, May 04, 2010

Ayam Masak Padang

Selamat pagi semua.Kat Adelaide pagi nie hujan yg agak lebat.Sejuk bangat.Perot pun asik lapor jer sejuk2 nie.Erm...citer pasal lapor nie, semalam aku masak Ayam Masak Padang untuk lunch merangkap dinner.Malas nak masak 2 kali semalam.Sekali harung jer terus.Resepi nie aku ambik dari blog Hana Japan.Masakan dia mmg sedap2.Blog nie salah satu blog masak2 favourite aku.Jom layan resepi...Layan!!!


Bahan-Bahan:-
1 ekor ayam dibersihkan dan di potong lapan
1 1/2 biji kelapa
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai
4 inci lengkuas
cili kering mengikut pedas
1 sudu teh serbuk kunyit 
asam keping
2 helai daun kunyit di siat siat

Cara Cara:-
1. Semua bahan dikisar halus.
2. Kelapa diperah dan ambil santan cair sebanyak 3 cawan dan santan pekat 2 cawan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
4. Masukkan ayam digaul rata, setelah itu masukkan santan cair.
5. Masak dengan api yg sederhana, apabila ayam telah masak dan empuk masukkan
pula santan pekat.
6. Masukkan asam keping, garam dan daun kunyit.

Mee Bandung Dagang

Dah jemu makan nasi,jadi aku beralih ke menu lain lak.Lunch utk hari Ahad lepas aku masak Mee Bandung Dagang.Teringin nak makan mee bandung lak.Mana nak cari kat sini melainkan buat sendiri.Resepi aku tak ingat cilok dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Jom layan resepi ....Layanzzzzzzz!!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g udang kering segar
  • cili untuk menumis
  • gula pasir
  • bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
  • bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
  • mee kuning 1 peket
  • sotong basah
  • telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
  • sayur sawi 2 ikat
  • tauhu goreng 5 keping
  • garam
  • air untuk kuah
  • 5 biji tomato segar
  • minyak untuk menumis
  • daging (optional)
  • bawang goreng

Cara-cara

  1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
  2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
  3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
  4. Cuci mee kuning dan toskan
  5. Potong sayur sawi dan tomato
  6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
  7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
  8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
  9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
  10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
  11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
  12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
  13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
  14. Makan semasa panas.
  15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat. 

Friday, April 30, 2010

Ayam Bakar Berempah

Dinner malam nie sempoi jer.Mood memasak agak kurang hari nie.So,aku just masak Ayam Bakar Berempah.Resepi dah tak ingat ambik dari mana but TQ to tuan punya resepi.Jom layan resepi....Layan!!!


Bahan-bahan ( 4 orang makan )
  • 1 kilo kepak ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan serbuk jintan kasar
  • 1 sudu makan serbuk jintan halus
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Bersihkan kepak ayam dan toskan
  2. Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
  3. Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
  4. Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
  5. Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak 

Popia Kentang

Ahad lepas,aku dpt jemputan ke jamuan meraikan birthday my frenz kat sini.Tak tau nak bawa apa.So,pikir punya pikir terlintas lak kat kepala nie nak buat Popia Kentang.Alhamdulilah,kali nie menjadi compare aku buat masa awal2 dulu.Time tu banyak yg pecah waktu menggoreng.Resepi aku ambik dari blog Kak Suzi.Jom layan resepi pulak....Layan!!!


Bahan-bahan inti :
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
5 tbs daging cincang
1/2 cwn bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis

Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api.
Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang.
Gaul rata. Sejukkan seketika.
5. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung dan goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili pilihan.

Thursday, April 29, 2010

Daging Halia

Lama rasanya aku tak update blog.Sangat2 busy & tak sempat. Aku ada masalah skit dgn external hardisk aku.Dah ler benda tu menyimpan segala khazanah aku.Tetiba jer tak leh buka kat PC aku.Cam dah corrupted.Nsb baik leh buka kat laptop my hubby jer.Itu pun teramat ler lambat.Aku terpaksa copy paste semua koleksi gambar kat laptop my hubby.Sgt2 ler lambat time nak copy paste tu.Sabo jer laaa...Nsb ler gambar2 tu tak hilang.Kalo tak,sedih bangat.Dah ler tak der backup lain.Skrg nie pun dlm proses copy paste lagi......huhuhu

Nak citer masak2 pulak yeik.Resepi nie aku masak last week.Simple jer nak masaknya.Tak ingat dah ambik resepi dari mana but TQ to tuan punya resepi.Sedap dimakan...Jom layan resepi....Layan!!!


Bahan-bahan
  • daging - potong nipis
  • hirisan halia 
  • bawang putih- hiris
  • bawang besar-hiris bulat
  • cili merah-hiris
  • sos tiram
  • sos ikan
  • garam
  • lada hitam dan lada sulah

Cara-cara
1.   Panaskan minyak dan tumis bawang, halia dan cili hingga layu dan masukkan daging.
2.   Goreng hingga empuk
3.   Masukkan sos tiram, sos ikan dan garam
4.   Siap untuk dihidang
5.   Kalau suka boleh masukkan karot, tomato atau hirisan daun bawang

Saturday, April 24, 2010

Mee Goreng Special

Malam tadi kitaorg tak makan nasi.Dah jemu lak jamah nasi rasanya.Dah ler hari2 aku yg masak.Jemu sgt rasanya mkn masakan sendiri.Dgn baik hatinya,hubby aku yg masak mlm tadi.Hidangan special Mee Goreng Special.Sodap ler jugak.Bertambah2 aku makan.Tq yeik Mr.Hubby.....Jom layan resepi...Layan!!!

Bahan-bahan:-

mee kuning
bawang putih-diblend
bawang merah-diblend
cili kering-diblend
isi ayam,udang,sotong@telur-letak jer mana2 yg suka
fishcake-potong kecil
sayur sawi-dipotong kecil2
taugeh
kicap-secukup rasa
garam-secukup rasa
minyak

Bahan hiasan:-
telur dadar-dipotong nipis
cili merah-dihiris nipis


Cara-cara:-
  1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak.tumis bawang putih & bawang merah yg diblend tadi.biarkan masak seketika. 


  2. Masukkan cili kering yg diblend,gaul seketika.Masukkan sedikit air kalau terlalu kering.Masukkan kicap & garam secukup rasa.
  3. Kemudian, masukkan isi ayam,udang,sotong @telur (ikut pilihan masing2)
  4. Masukkan sayur sawi,taugeh & fishcake. 


  5. Akhir sekali masukkan mee kuning yg telah di tos.Gaul sehingga mee sebati. 


  6. Taburkan telur dadar cili merah sbg hiasan.
  7. Mee Goreng Special siap dihidang.