Thursday, November 18, 2010

Ayam Masak Palembang

Menu ulangan je hari nie, Ayam Masak Palembang.
Resepi sempoi dan sedap....
Layan.....

Monday, November 15, 2010

Sempoi Dinner

Salam kawan-kawan semua.Tak sempat nak update blog pagi tadi.Ukail meragam sbb kurang sihat (selsema+nak demam).Nie pun tgh tido.Curi-curi la masa kejap.Hari nie just share menu sempoi dinner malam tadi, Lamb Chop & Kentang Wedges Bakar.Pernah dah buat sebelum nie.Tapi Lamb Chop tu terhangit skit sbb masuk dalam oven sekali dgn kentang.Lupa nak keluarkan dulu...







Sunday, November 14, 2010

Mee Rebus To'Kun


Salam petang Ahad buat semua kawan-kawan.
Menu hidangan di hujung minggu  Mee Rebus To'Kun.
Kalo nak resepi klik SINI yeik.Resepi nie siaran ulangan jer...

Friday, November 12, 2010

Daging Rendang Pedas

Salam semua.Menu hari nie nak share dgn kengkawan,Daging Rendang Pedas.Resepi belajar dari arwah mak.Simple & sedap kalo mkn dgn nasi panas-panas.Makan dengan lemang pun sedap jugak.Jom kita intai resepinya pulak yeik...



Bahan-bahan

  • daging
  • cili kering (dikisar)
  •  bawang merah (dikisar)
  • halia (dikisar)
  • serai (dikisar)
  • santan
  • kerisik
  • serbuk kunyit
  • asam keping
  • daun limau purut
  • daun kunyit (dihiris)
  • sedikit gula & garam
Cara-Cara
1.      Gaul daging dgn bahan yg dikisar , kerisik, kunyit, asam keping dan juga santan.
2.      Kemudian, panaskan minyak.
3.      Masukkan daging ke dalam kuali bersama bahan yang telah digaul tadi (tak perlu tumis).
4.    Masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
5.      Perasakan dgn garam dan gula.
6.      Biarkan dia mendidih dan masak hingga kuah agak kering
7.      Siap untuk dihidang. 

Thursday, November 11, 2010

Sambal Telur

Salam semua.
Hari nie nak share menu simple jer pun, Sambal Telur.
Resepi belajar dari arwah mak.Layan!!!



Bahan-bahan
telur
bawang besar [mayang]
sos cili
sos tomato
gula
garam
minyak

Bahan Kisar
cili kering
bawang putih
bawang merah

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam. Kacau rata.
3. Kemudian, pecahkan telur dalam sambal dan biarkan sebentar. Jangan kacau.
4. Masukkan bawang besar dan kacau sikit.
5. Bila bwg dah layu,masukkan sambal dlm pinggan.Siap!!!

*Kalo nak telur nampak cantik,goreng siap2 dulu....

Wednesday, November 10, 2010

Thank You So Much

Salam semua.Malam nie aku rasa hepi sgt. Nak share dgn kawan-kawan..Aku tak sangka pulak pada saat nie, follower aku dah cecah 102 orang.Macam tak percaya pulak sbbb tujuan asal aku buat blog hanya utk suka2 jer.

Anyway,aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan dan juga semua pengunjung blog HepiCookMum termasuk la yg silent reader. TQ very much sebab anda semua sudi berkunjung ke blog aku nie.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua kawan2,sudi-sudi kan lah ambik TQ Award kat bawah nie yeik.Jgn malu2 pulak nak tampal kat blog sendiri.Ambik jer.Aku bagi ikhlas.Kebetulan skrg di Adelaide tgh musim bunga.Aku petik sendiri bunga nie khas untuk semua pengunjung blog.

Niat di hati mmg nak buat GA kalo follower blog nie cecah lebih 100 org.Tapi kena tggu selepas balik Malaysia dulu. Maybe, insyAllah,dlm Januari nie aku berangkat pulang ke tanah air.Lepas tu,InsyAllah ada rezeki aku akan cuba anjurkan GA pulak.Sekarang nie masa dan jarak tak mengizinkan sgt2.

Buat masa nie,aku hanya mampu hadiahkan Bunga Ros Adelaide nie saja kepada kawan2 semua.Terima kasih banyak2 sbb sudi kunjung blog aku dan sila dtg lagi yeik...Layan!!!!!!!!!


Followers (102) More »