Sunday, March 28, 2010

Ayam Ros


Resepi nie aku copy paste dari sajionline......TQ

Bahan-bahan:-

1) Ayam (300g)
2) Bawang putih (1 ulas)
3) Bawang merah (3 ulas)
4) Halia (1 inci)
5) Air asam jawa
6) Serbuk kunyit (sedikit)
7) Manisan (sedikit)
8) Garam
9) Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara:-
Pertama sekali, gaul garam dan kunyit pada ayam. Perap ayam seketika.

Setelah itu, tumbuk halia hingga lumat dan asingkan.

Kemudian tumbuk pula bawang merah bersama sedikit garam.

Panaskan minyak dna goreng ayam tadi. Balik-balikkan hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.

Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang diketuk hingga naik bau dan masukkan bawang merah yang ditumbuk tadi.

Setelah garing, masukkan air asam jawa, diikuti dengan 2 cawan air.

Seterusnya, masukkan manisan diikuti dengan sedikit garam.

Kacau hingga manisan cair dan masukkan ayam tadi. Kacau sebentar dan tutup kuali. Rebus dengan api yang kecil hingga kuah sedikit kering. Proses ini mengambil masa yang agak lama.

Akhir sekali, balik-balikkan ayam seketika dan ayam ros sedia untuk dihidang.

No comments: