Thursday, March 25, 2010

Paprik Ayam


Bahan-bahan (4 org makan):-
• ½ ekor ayam - dipotong kecil2
• 4 ulas bwg merah - ditumbuk
• 2 ulas bwg putih - ditumbuk
• 1 labu bwg besar - dimayang
• 2 btg serai - dititik
• 2 biji buah tomato - dipotong 4
• 5 biji cili padi - ditumbuk
• 3 biji limau kasturi
• beberapa ulas daun limau purut
• bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
• sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
• bahan2 perasa (garam & gula)

Cara-cara:-
1. Panaskan kuali. Gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Kemudian, masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

No comments: