Tuesday, October 05, 2010

Daging Lada Hitam Berempah

Salam semua.Suasana di Adelaide masih lagi sibuk dgn open house hari raya.Aku & family masih mendapat jemputan weekend lepas termasuk ler jemputan open house dari jiran sebelah.Tambah pulak kat sini PH hari Isnin.Ramai le yg ambik kesempatan ber'open house' lagi.TQ so much kepada kawan2 yg mengundang kami sekeluarga termasuk ler budak2 bujang undergrad yg dok kat Broadview tu.Even boys bujang,tapi masakan mereka sedap sgt.Hebat sungguh adik2 nie.Cayalah!!!!Dan aku lak skrg nie amat malas memasak.Dah tahap cipan nie.Masak menu sempoi2 jer.Menu nak share hari nie, Daging Lada Hitam Berempah.Ambik dari sajionline.Layan jer la yeik!!!!


Bahan A:
1/2 kg daging - dipotong nipis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
Minyak untuk menggoereng
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B (Perap)
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar lada hitam
Bahan C
1 batang lobak merah - dipotong nipis
3 tangkai daun bawang - dihiris nipis
1 labu bawang besar - dimayang halus
1 biji lada benggala - dipotong nipis
Cara Menyediakan:
1. Daging dicuci dan diperap dengan bahan perap serta garam selama satu jam. Panaskan minyak, kemudian goreng sampai empuk dan angkat.
2. Tumis bawang besar yang telah dimayang sampai layu, baru masukkan serbuk lada hitam dan bahan C.
3. Masukkan juga kicap pekat, serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, garam, gula dan air asam jawa. Kacau seketika sebelum masukkan daging tadi dan goreng lagi sehingga bahan-bahan ini mesra dan daging empuk.