Tuesday, March 08, 2011

Sayur Bayam Merah

Salam semua.
Just nak share resepi untuk menu sayur simple jer hari nie.
Resepi ambik dari trymasak. Jom tgk resepi pulak...



Bahan-Bahan:-

1) Bayam merah (300g)
2) Bawang merah (2 ulas)
3) Ikan bilis (segenggam)
4) Serbuk lada hitam (sedikit)
5) Cili merah - dihiris nipis (1 biji)
6) Air (3 cawan)
7) Garam (sedikit)

Cara Penyediaan:-
Cara-caranya, pertama sekali tumbuk bawang merah diikuti dengan ikan bilis.

Kemudian, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk dan masukkan air diikuti dengan serbuk lada hitam.

Selepas itu, masak sehingga mendidih dan masukkan bayam yang telah dibersihkan. Kacau sebentar dan masukkan garam secukup rasa dan cili merah.

Kacau dan biarkan mendidih sehingga semua bahan-bahan tadi layu dan sedia untuk dihidang.



3 comments:

ADEEYA said...

Bayam. SedaP plak tengok. Nnt balik rumah nak suruh mama masak lah :D

Mat Gebu said...

feberet saya nihh

Gimi said...

Lama tak makan ni, last makan masa kat sekolah asrama dulu..