Assalam kengkawan semua. Menu simple je nak share hasil drpd lunch semalam. Dalam resepi bakar dlm oven tapi saya bakar guna pemanggang ajaib je. Boleh jugak. Nie resipinye yeik. Tq to tuan empunya resepi. Dah tak ingat ambik daripada mana...
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
- 1 kilo kepak ayam
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu makan kicap pekat
- garam secukup rasa
Cara-cara
- Bersihkan kepak ayam dan toskan
- Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
- Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
- Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
- Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak
1 comment:
sedapnya
Post a Comment