Wednesday, March 24, 2010

Bun Pandan & Sri Kaya Pandan





Bahan-Bahan:-
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 biji telur
140ml air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau atau buleh juga guna pes pandan
1 sudu kecil dough softner atau bread improver

Cara-Cara:-
masukkan semua bahan dlm bekas adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan, klu ade breadmaker pilih menu dough dan tekan On je. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda.

selepas itu, tumbuk doh utk keluarkan angin, uli dlm dua tiga minit dan bahagi doh pada 16 bahagian. biarkan seketika lebih kurang 8 hingga 15 minit.

kemudian letakkan inti kaya pandan dan tutup doh, atur doh tadi diatas dulang pembakar dan biarkan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 40 minit .

semburkan air dipermukaan doh dgn spray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. sejukkan atas redai dan boleh lah dimakan. Bun ni akan lembut je sentiasa.
amat sesuai dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.


Bahan2:
3 biji telur
220 gram gula ( kena letak gula banyak sikit untuk kaya tahan lama)
1 tin santan
beberapa titik perasa pandan
beberapa titik pewarna hijau
1 sudu besar bancuhan tepung gandum
satu helai daun pandan di simpul

Caranya:
1. Bancuh semua didalam bekas adunan dan kacau di dalam periuk hingga pekat, kena kacau selalu ye guna api sederhana. Bila kaya agak pekat, jangan terlalu pekat ( agak-agak je) tutup api dan sejukkan dahulu sebelum diletakkan di dalam botol atau bekas. Simpan di dalam peti ais. Selamat mencuba.




No comments: