Menu yg sempoi jer.
Resepi belajar dari arwah mak aku.Layan!!!
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
- 30 batang kacang buncis (dipotong halus)
- Sedikit daging ( kalu nak guna ayam, sotong, ikan bilis, telur, etc pun boleh)
- 2 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 batang cili merah (dihiris)
- Secubit garam
- Minyak untuk menumis
Cara-cara
- Panaskan minyak . Goreng bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Kemudian masukan daging & goreng hingga masak.Kalo suka berkuah,boleh tambah sedikit air.
- Selepas itu bolehlah letak kacang dan goreng bersama sama 2-3 minit. Masukkan cili merah dan letaklah garam secukup rasa. Goreng sehingga masak. Siap untuk di santap.
No comments:
Post a Comment