Monday, June 21, 2010

Ayam Kurma

Hari nie aku nak share menu Ayam Kurma.Kalo nak tau,aku paling tak pandai masak resepi berasaskan kurma & kari.Tak tau ler kenapa.Mmg rasa ssh sangat menu nie walhal ramai org yg cakap kat aku menu nie la yg simple&senang.Arwah mak aku dulu pun cakap menu nie la yg paling senang.Tapi bg aku menu nie la paling ssh aku nak masak.Maybe sbb aku tak suka mkn kurma&kari kot.Tu pasal setiap kali masak aku rasa cam tak jadi jer...Worait,jom layan resepi Ayam Kurma lak...Layan!!!!



Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 biji kelapa - ambil santan
1 paket rempah kurma
8 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Sedikit buah keras - ditumbuk
Sedikit air asam jawa
1 1/2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bawang besar

Cara Menyediakan:


Tumiskan bawang hingga naik bau dan masukkan rempah kurma, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Gorengkan bahan-bahan ini selama 2 minit.


Masukkan ayam dan biarkan selama 10 minit. Setelah air ayam hampir kering, masukkan santan, sedikit garam dan air asam jawa tadi dan kacau hingga mendidih.


Setelah itu masukkan bawang besar yang dipotong 4 dan buah keras yang ditumbuk.


Setelah semua bahan dimasukkan, biarkan hingga 20 minit dan sedia untuk dihidangkan.

Saturday, June 19, 2010

Sayur Kacang Manis


Menu yg sempoi jer.
Resepi belajar dari arwah mak aku.Layan!!!


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 30 batang kacang buncis (dipotong halus)
  • Sedikit daging ( kalu nak guna ayam, sotong, ikan bilis, telur, etc pun boleh)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang cili merah (dihiris)
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak . Goreng bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Kemudian masukan daging & goreng hingga masak.Kalo suka berkuah,boleh tambah sedikit air.
  2. Selepas itu bolehlah letak kacang dan goreng bersama sama 2-3 minit. Masukkan cili merah dan letaklah garam secukup rasa. Goreng sehingga masak. Siap untuk di santap. 

Thursday, June 17, 2010

Ayam Masak Ungkep

alam semua.Hari nie cuaca di Adelaide tersangat la sejuk.Pagi tadi cuaca cam agak cerah.Nampak ler sinar matahari.Tapi sekejap jer.Pas2 hujan turun on off.Nampak gayanya, bertambah2 ler sejuk malam nie.Sedap nak tido.Menu hari nie aku masak "Ayam Masak Ungkep".Menu nie asalnya dikatakan masakan org jawa.Tapi org bukan jawa cam aku pun makan gak.Sedap & sempoi jer resepinya.Resepi aku ambik dari blog "Sinar Kehidupanku".TQ tuan puya blog (Kak Yatie)....Jom layan resepi pulak!!!


Bahan-Bahan
* 1 ekor ayam> potong 12
* 2 sb ketumbar - dikisar halus
* 1 sb jintan putih - dikisar halus
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
*10- 15 biji cili hijau
* 2 inci kunyit hidup
* 1 inci halia
* 3 batang serai - dititik
* 3 sudu makan gula
*1 helai daun kunyit> di siat2
* Garam - secukup rasa
* 2 cawan air
* 1/2 cwn air asam jawa
* Minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Blend bwng besar, bwng putih, halia, kunyit dan cili. Masukkan sekali ketumbar dan jintan dan sedikit minyak supaya halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang di kisar. Tumis hingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul sebati.
  3. Apabila tumisan telah betul-betul garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati dan masukkan air asam jawa tadi.
  4. Masukkan ayam dan gaul sebati sehingga ayam agak mengecut. Masa ni gunakan api sederhana supaya ayam meresap bersama2 perencahnya.
  5. Masukkan air dan pastikan rasanya betul2 ok.
  6. Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.
  7. Setelah ok masukkan daun kunyit dan gaul lagi.
  8. Setelah siap, padamkan api dan bolehlah di hidangkan bersama dngn nasi putih.

Kacang Kuda





Actually, 2-3 hari yg lepas aku saja merebus kacang kuda.Tetiba teringin nak makan.Tapi,betul ker nama kacang nie "Kacang Kuda"???Aku tak pasti pun.Tapi tak kisah ler.Yg penting aku mmg suka makan kacang nie sbg kudapan time tgk tv or time melayari internet.Cara nak rebus senang jer.Basuh kacang.Pas2 rebus di dalam air yg mendidih dan tambahkan sedikit garam...Siap!!!!

Wednesday, June 16, 2010

Daging Kicap Kerisik Berempah

Good morning semua.Hari nie cuaca di Adelaide bertambah sejuk.Perot pulak asyik lapo je memanjang.Hari nie nak share menu daging kicap kerisik berempah.Resepi ambik dari blog "Sinar Kehidupanku".Resepi yg simple & sedap.Menu nie aku masak untuk lunch merangkap dinner semalam.Resepi nie mmg memenuhi citarasa aku sebagai penggemar daging kicap.Tgh2 makan tetiba lak teringin nak makan lemang dgn dgg kicap.Sedapnya kalo dpt lemang.....Layan!!!!


Bahan-bahan :

  • 1 kg daging btng pinang (kalau daging biasa, rebus dan toskan dulu..)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
  • 2 sb kicap pekat
  • 3-4 sb cili kering kisar
  • kicap manis/kicap masin secukupnya
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)-saya guna yg serbuk
  • 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)- saya guna yg serbuk
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk) - saya guna yg serbuk
  • air asam jawa
  • 2-3 sudu makan kerisik
  • 1 sb sos tiram
Bahan-bahan mesin :


  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :


  1. Ambil 2-3 sudu besar bahan2 mesin dan gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis bahan2 mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga daging empuk.
  5. Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.

Tuesday, June 15, 2010

Nasi Tomato

Salam semua.Hari nie aku nak share resepi "Nasi Tomato". Menu nie aku masak for lunch & dinner semalam.Resepi dah tak ingat ambik dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Mmg sedap.Bertambah sedap jika dimakan panas2 bersama dgn "Ayam Masak Merah" "Acar Timun Masak".....Layan!!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng